Tuesday, July 24, 2012

Tudungvasary!!!

Assalamualaikum.

That day bila tengah sebok nak bukak blog baru, aku teringat, "Eh lek, sekarang dah July. July July July oh aku start pakai tudung full time July last year ah dok" And indeed. I checked my FB & my Note stated 20th July 2011.

Therefore HAPPY TUDUNGVASARY ANNISA!! Wahahahahha!! I told my mom & she was like "Oh tak celebrate?" Layan!

Iyer ler full time maksud aku pakai 24/7 with any company. Dulu dengan family jer aku pakai. "Part time" minah tudung gitu. Sekarang Alhamdullillah sebab dah blaja ugama lagi mendalam kan, dah tahu lah. Konon dah understand the concept of tudung. Kalau tak paham jugak lepas pergi different classes, mentak kene jotos jer aku!

Once dah pakai full time, gambar-gambar aku tak bertudung, semua aku seal/delete. Susah sey tapi i managed too. Alhamdullillah. Iyer lah mengcover aurat bukan for live jer. Dalam gambar pun main peranan! Yang dah leak to Google, Wallahualam. Yang kat members nyer albums pun Wallahualam. InShaAllah Allah ampun kan dosa aku zaman jahilliyah.

Oh and nasib aku baik that tempat kerja aku kasi aku pakai tudung. Kalau tak bagi, aku quit kerja! Betul tak bedek. Iyer aku cakap senang tapi kalau aku buat kerana Allah, mesti bergunung pahala aku kan Jonet kan kan kan. Dosa aku dah lah banyak daripada pahala, kalau ada chan nak collect pahala, siapa taknak oiii...

Sekarang kan macam-macam pesen tudung ada. Pesen tudung Hana Tajima lah, tudung Yuna lah, tudung saji lah. Walaubagaimana pun yer keng kawan, niat kita bertudung kerana Allah. And kalau kerana Allah, mesti lah sempurna. Correct? #selfreminder #notjudging

Ah cakap pasal Yuna, ada 1 hari ni aku nak beli tudung abeh pakcik tu tanya, "Nak, taknak beli tudung Yuna?". Aku pun jawab "Kalau saya pakai tudung Yuna, saya boleh jadi popular macam dia tak pakcik?". Abeh pakcik pulak layan aku "Anak nanti jadi lagi popular dari dia lah!" Amboi pakcik, boleh tahan you!

Ok jadi wahai muslimats sekalian, bertudung tu senang tapi nak menutup aurat tu susah sikit. You know the difference? You know what i meng? Takpe pelan-pelan InShaAllah kita semua akan buat yang terrrrbaik untuk Allah.

Wassalam.

P/S Aku rasa aku blog bahasa Melayu (dan sikit omputeh) lagi best ah sebab takya fikir pasal grammar errors or whatnot bahahaha!!

1 comment:

  1. Yay!! Insya allah aku pon nk bertudung like u... kerana Allah...

    ReplyDelete